KUALA LUMPUR: Kurang 100 hari menjelang Sukan Olimpik 2024, penerjun negara Bertrand Rhodict Lises kini giat 'berguru' di pelbagai negara bagi memperkemaskan darjah kesukaran terjunannya.
Atlet muda negara itu sedang menjalani latihan di Singapura bermula 15 April hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai satu kejohanan terjun di Brisbane sebelum ke sebuah lagi negara sebagai persiapan ke Paris.
Penerjun tunggal negara itu tidak menafikan rasa 'sunyi' apabila tidak ditemani mana-mana atlet senior seperti Datuk Pandelela Rinong ketika menjalani latihan ke temasya terbesar dunia itu.
"Setakat ini di Singapura, Australia dan satu lagi negara namun tidak dimaklumkan oleh (Persekutuan Renang Malaysia (MAS). Saya tidak akan balik ke Malaysia, dari negara itu terus ke Paris.
"Perasaan gementar untuk ke Paris mesti ada tapi pada sama teruja," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebelum ini, Bertrand terpaksa mengorbankan penyertaan dua siri Piala Dunia bagi memberi tumpuan kepada peningkatan darjah kesukaran melibatkan back 3 1/2 kepada pike.
Mengenai pemakanan, Bertrand yang ditemani jurulatih Nor Aznizal Najib ke Singapura berkata beliau lebih berhati-hati dengan kandungan makanan selain mengambil suplemen bagi meningkatkan tahap kecergasan.
Selain itu, atlet kelahiran Sarawak itu juga memaklumkan sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan pergelangan tangan selepas mendapat suntikan Platelet-Rich Plasma (PRP) baru-baru ini.
Sementara itu Pengarah Teknikal skuad terjun negara Bryan Nickson Lomas berkata keputusan menghantar Bertrand ke pelbagai negara itu tepat walaupun terdapat kelainan kerana China tidak termasuk dalam senarai destinasi pembelajaran.
"Kita memang ada beberapa pilihan dan pergi ke pilihan yang berbaloi dan bermanfaat. Memang China ada kemudahan lengkap namun negara lain tidak kurang hebatnya," katanya.
Bertrand merupakan satu-satunya penerjun layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi acara 10 meter (m) platform lelaki selepas mengesahkan slot pada Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun tahun lepas.
Lapan atlet lain ke Paris 2024 ialah tiga pelumba berbasikal trek diketuai Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, diikuti Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran), Johnathan Wong (menembak), Ariani Nur Dania Mohd Zairi (memanah), Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya) dan Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat).
Sukan Olimpik Paris dijadual berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Bertrand kini jalani latihan di Singapura bermula hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai kejohanan terjun di Brisbane. - Gambar fail
Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.
TH peruntuk 30 juta riyal untuk kos makanan jemaah haji tahun ini
Sebanyak SAR30 juta diperuntukkan bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31,600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini.
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Haji 2024: Makanan disaring ketat sebelum diedar kepada 31,600 jemaah
TH tidak berkompromi aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan dan penyajian sehingga kepada penghantaran.
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun
Bertrand kini jalani latihan di Singapura bermula hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai kejohanan terjun di Brisbane.
Piala Dunia: Bertrand-Enrique duduki tempat kesembilan acara 10 meter platform seirama
Bertrand-Enrique mengumpul 353.67 mata selepas enam pusingan terjun manakala Yang Hao-Lian Junjie dinobat juara dengan meraih 457.23 mata.
Piala Dunia: Bertrand duduki tempat ke-10 acara 10m platform lelaki
Atlet terjun negara itu, mengumpulkan 389.85 mata selepas enam terjunan pada acara berlangsung di Parc Olympique.
Bertrand harap dimasukkan dalam program RTG
Pemuda Sarawak berusia 18 tahun itu dijangka mengetahui kedudukannya selepas mesyuarat Jawatankuasa RTG minggu depan.
RTG: Nasib Bertrand diketahui akhir bulan ini - Hannah
Biarpun Bertrand bukan di bawah RTG, MSN tetap memberi sokongan kepadanya untuk menjalani persiapan membuat penampilan di Sukan Olimpik.
Paris 2024: MAS rancang program latihan khas untuk Bertrand
Persekutuan Renang Malaysia merancang program latihan khas untuk Bertrand Rhodict Lises, satu-satunya atlet terjun yang layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.
CDM yakin lebih ramai atlet negara sahkan slot Olimpik Paris 2024
Keyakinan itu menyusul selepas kejayaan Bertrand Rhodict Lises muncul sebagai atlet Malaysia pertama mengesahkan slot ke Olimpik semalam.
Bertrand Rhodict muncul penerjun pertama negara ke Paris 2024
Pada saingan di Fukuoka Prefectural Pool, Jepu, Rhodict menamatkan saingan separuh akhir dengan merekodkan 420.70 mata.